Thursday, September 5, 2024

Kisah Kemalangan Jalanraya tahun 2015 yang tak boleh lupa sampai sekarang

 





Keadaan saudara Ami Zubairi ketika Eksiden



Kisah ini aku coretkan berdasarkan pengalaman yang menimpa ke atas diriku. Hanya untuk sharing pengalaman ok.

Ramai kan dalam kalangan kita yang pernah ditimpa musibah? Sama ada musibah itu teruk atau biasa-biasa.

Tapi kan.. persoalannya, kita nak ke ditimpa musibah yang sedemikian? Bersediakah kita? 


Ikuti pengalamanku "cium" tar Lebuhraya PLUS setahun yang lalu.




Genap Setahun


Hari ini, genap setahun "umur" tragediku. Walaupun andai dikira mengikut hari, mungkin ianya agak jauh, sudah beratus-ratus hari. Akan tetapi, "anugerah" yang ditakdirkan Ilahi ke atas diriku itu dapat kurasai, terngiang-ngiang dekat hingga ke saat ini...

Kejadian ini berlaku ketika aku masih mengajar di salah satu sekolah yang agak popular di Bandar Seri Putra, Bangi iaitu Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz As-Syakirin. Sebagai Guru Bahasa Arab.

Siapa yang boleh lupa kisah silam apatah lagi kisah silam itu sangat pahit untuk kita sendiri telan kan? Kerana "anugerah" yang tak diundang itu hadirlah, seribu satu pengajaran dapat aku hias sebaik mungkin di atas landasan perjalanan hidupku...



Jangka Perjalanan 6 Jam Setengah

 
Suasana sebelum dan selepas kenduri di rumah Ami Zubairi


Setelah selesai kenduri kesyukuran di teratak kampung halamanku, tepat jam 6.00 petang, Aku mula membonceng motosikalku, bertolak dari kampung halaman Perlis menuju ke Bandar Seri Putra, Bangi. Disebabkan rekod perjalanan dari Bangi ke Perlis dua hari sebelumnya mengambil masa 6 jam setengah, aku menjangkakan perjalanan kali ini akan tiba jam 12.30 tengah malamnya kerana kesokan harinya aku akan bekerja.



Kuda Biru Pilihan Untuk Ke Destinasi

 

Saudara Ami Zubairi bersama Motorsikal Yamaha LC135 sebelum kejadian.


Aku tahu kemampuan motorsikal jenis Yamaha LC135 ku, boleh 'direct speed' kelajuannya sehingga 170-180km. Disebabkan mahu menjaga 'keselamatan diri',  Aku bertekad tidak akan "speed" kelajuan motorsikalku, dan hanya membonceng secara 'maintain' dalam kelajuan 110km. Aku membonceng berseorangan sambil menikmati hari petang yang sedang menjemput rakannya "malam" yang sedang kunjung tiba.

    
Top Speed 170-180km.


Hari Bertukar Gelap

 


Aku membonceng motosikal dengan penuh kesabaran. Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sudah aku lambai. Kini aku memasuki negeri Perak. Selepas aku berhenti di Stesyen Minyak Shell RnR Sungai Dua sebentar tadi, aku meneruskan perjalanan kali ini berhadapan dengan suasana malam yang gelap bak kata mat rempit, tak lah gelap sangat, alaaa.... "gelap-gelap highway".



"Undangan" Di Malam Hari Tiba 

Aku teruskan perjalanan, Sempat melihat jam ditangan kiriku menunjukkan pukul 8.35 malam. Aku melayan suasana sunyi highway PLUS Utara-Selatan. Setelah 1.5 km melepasi RnR Gunung Semanggol, dalam keadaan gelap, tiba-tiba...






'Allahuakbar !!! Ya Allah !'
Ya, aku "berjaya" melanggar satu "bonggoi kayu" sebesar helmet KHI, berbentuk tiga segi di atas highway. Aku melambung sambil melihat awan yang di hiasai bintang yang sentiasa berkelipan !

'Gedebukkk !' 
'arghhhhhhh... aaaduhhhhhh...'
Tubuh kerdilku tergolek-golek di bahagian tepi lebuhraya. 
Aduhh Ya Allah ! Sakit yang teramat pada bahagian dada dan bahuku. Aku jatuh di sisi lebuhraya sambil motorsikalku tercampak hampir 20 meter. 
Aku cuba untuk bangun akan tetapi aku tidak terdaya kerana dada, lengan serta bahuku terlalu sakit menyucuk-nyucuk! 

Aku berguling ke atas rumput di tepi lebuhraya mencari posisi terbaik menahan kesakitan, lalu aku meniarap kaku di atas rumput dihiasi luka yang banyak dimukaku !

 
Keadaan Ami Zubairi selepas beberapa minit eksiden.Di Suluh Orang Kampung

Beberapa minit selepas aku menahan kesakitan, aku di panggil oleh suara yang tidak aku kenali sambil disuluh torchlight handphonenya. 

'Adik...Adik...... Adik... Adik...?
Adik Ok ke?'

Lalu aku menyahut dengan nada yang perlahan dalam keadaan terbatuk-batuk...

'Tolong... Tolong.... Abang tolong Abang.....saaaaaakitt'

Abg tersebut menenangkan aku sambil berkata,

'Adik... jangan bergerak banyak adik. Diam kat situ. Abang dah call ambulan. Lagi 10 minit sampai...'

Aku diam tidak berkata apa-apa... mengharapkan yang terbaik pada ketika itu..


Lebih kurang 10 minit berlalu, ambulans tiba. Aku diangkat ke dalam ambulans dengan beberapa lagi orang yang berhenti disitu menolongku. 

Setelah diambil beberapa maklumat diri dari pegawai perubatan bertugas, aku dimaklumkan akan di bawa ke Hospital Taiping. Aku sempat mengambil nombor Telefon Abang yang menolong aku menelefon ambulan sebentar tadi. Aku juga sempat meminta pertolongan Abang tersebut untuk menguruskan motorsikal aku yang agak teruk kerosakannya.



Unit Kecemasan Hospital Taiping

 




            

































Keadaan Ustaz Ami Zubairi Ketika Di Hospital Taiping





Jam menunjukkan tepat pukul 9.00 malam. Setibanya di Hospital, aku menjangkakan akan terus diberi rawatan. Jangkaanku meleset. Unit Kecemasan Hospital Taiping pada malam itu penuh ! penuh dengan pesakit. Baruku sedar yang hari tersebut adalah hari Ahad. Makanya ramai pesakit tertumpu disitu untuk mendapat rawatan. Macam mana pon tetap kena tunggu turn !

Aku ditinggalkan ditepi pintu masuk utama unit kecemasan. Menunggu giliran kerana terlalu ramai pesakit mendapatkan rawatan di situ. 



Tidak Dibenarkan Warded !

Setelah selesai scan x-ray, jahit dan sebagainya. jam menunjukkan pukul 2.00 pagi. 

Keputusan Scan menunjukkan bahu, dadaku serta tempat sakit yang lain ok!


Aku menerima 17 jahitan keseluruhannya. Kening kanan 6 jahitan, kening kiri 4 jahitan, pipi 2 jahitan, atas bibir kanan 4 dan dalam mulut 2. Kesemuanya di muka bro !.

"Adik dah selesai semua. Adik tak boleh duduk wad, sebab adik xdak retak, patah apa.. sebab ramai lagi kat dalm sana yang kna duduk wad. Wad pon penuh. Jadi adik xleh dok wad lah."

Kata Doktor yang merawat aku.



Telefon Kakak

Aku termenung keseorangan apabila selesai mengambil ubat milikku di farmasi unit kecemasan berkenaan.

"Aku nak tidoq mana malam ni?"
kata aku dalam hati.

Terlintas dalam fikiranku untuk menelefon kakak aku yang menetap di Pulau Pinang. Sebaik menelefon beliau, (tau saja la kan kalau orang lain dapat tau kita eksiden). Bertubi-tubi soalan mengetuk gegendang telinga aku. Sampai aku sendiri tak terjawab (dalam keadaan letih+ sakit pulak tu).
Lagi dia terkejut bila aku wassup gambar aku. A
pa lagi extra soalan la masuk ikut corong sound telefon tu...


Dia bersetuju untuk datang ke Hospital Taiping tersebut untuk menjemput aku dan membenarkan aku menetap di rumahnya untuk beberapa hari.


          
   





                
        
          

          
 



Ubat Dan Kesan Kemalangan

 
 
                  
                 

                 

                 

                 

                 






Terkejut Tulang Bahu Retak



          



Aku diminta untuk membuat follow up doktor selama dua minggu. Setelah dua minggu berlalu, Doktor mengesahkan bahawa kecederaan mukaku sudah pulih memandangkan jahitan yang aku terima sudah dibuang.  
Aku mengiyakan sahaja kata-kata Doktor tersebut. Lalu aku berkata pada Doktor tersebut..

Aku : "Doktor.. Bahagian muka ni insyaAllah saya boleh cuci, jaga. Tapi Doktor saya nk cuci-cuci muka saya ni macam mana kalau tangan kanan saya ni masih tak boleh angkat?"

Doktor : Tangan tak boleh angkat? (sambil testing angkat kebawah ke atas tangan kananku)

Aku : (sambil tesengal-sengal sakit) 'Aduuuhh....' 
Doktor... Tangan saya ni memang tak boleh angkat dari malam eksiden tu lagi.

Doktor : Tapi result scan x-ray tak ada apa-apa. Tak patah, tak retak..

Aku : Manalah saya tau Doktor.. 

Aku dan Doktor : !@#$%&&*


Lalu Doktor tersebut memutuskan untuk aku buat scan x-ray bahu untuk kali yang ke-2.

Setelah selesai scan x-ray, aku berikan result scan x-ray tersebut kepada Doktor sebentar tadi.

Doktor : Ok dah dapat result? Bagi saya tengok. (sambil buka lampu dinding untuk tengok result X-Ray)

Laaa.. Retak !

Ehh, kenapa malam tu Doktor yang incharge tu tak bagi tahu?

Aku : Mana la saya tahu Doktor. @#$%^&*
(memang muka aku dah geram gila dah. tapi apakan daya, redha ja laa)

  

Keputusan X-Ray Lengan Bahu kanan Ustaz Ami Zubairi

MC Lagi Tiga Minggu

Doktor tersebut kemudiannya memohon maaf kepadaku bagi pihak Hospital disebabkan kecuaian pihak hospital terlepas pandang kes aku. 

Aku pulang ke Bandar Seri Putra semula selepas sebulan dari tarikh kejadian. Tiba di rumah sewaku, Aku di jaga oleh rakan-rakan serumahku yang juga guru di sekolah yang sama aku mengajar.



Dua Ribu Cash

Aku mengambil masa yang terluang untuk menguruskan motorsikalku yang masih belum settle ! 

Setelah menelefon Abang yang menolongku pada malam kejadian, 
Aku dimaklumkan yang motor aku berada dan disimpan di satu bengkel motorsikal di Taiping.

Call sahaja pihak bengkel, Aku dimaklumkan kos keseluruhan baiki motor, lebih kurang 2K! 
Tergamam aku seketika.

Disebabkan Motorsikalku insuran Third Party, Insurans tak cover kos baiki motorsikalku. Aku terpaksa membaiki sendiri motorsikalku dengan bayaran CASH! (mana nak cari dua ribu oi?)

 




 







                 


Gambar Proses Penyembuhan Muka Aku Yang Hensem Ni


Alhamdulillah..
Semakin hari, semakin baik keadaan aku. Bahu pon dah beransur pulih. Tapi biasa la dh retak kan, sengal-sengal tu masih ada lagi la.. Parut di muka pon dah kian mengecut dan hilang. Tapi tak 100% la hensem macam dulu. Bak kata orang tua-tua, mas kawen nanti belah pompuan boleh mintak kurang seribu ringgit jugak nih !


                                   

                           


































Adakah Kita Nak jadi Macam Ni?

Sememangnya perkongsian ini tidak memberi apa-apa kesan pada rakan-rakan di luar sana. Tapi adakah kita nak jadi sebegitu? Bersedia tak kita?


Cuba kita RENUNG sejenak... kita FIKIR sekejap...

Kisah ni ok lagi la xserius sangat...Tapi apa yang nak DIHIGHLIGHTKAN kat sini adalah kalau kisah ni lagi lagi lagi BERTAMBAH SERIUS?


Cuba bayangkan kalau berlaku pada kita HARI INI? Na'uzubillah la kan... Tapi kalau Allah nak uji tetiba Eksiden tengah malam tempat sunyi...?

Dengan kita yang TIDAK PUNYAI APA-APA BACKUP PLAN


Motor pon Insurans Third Party dah TAK BOLEH NAK CLAIM, Inikan pulak kalau jadi kat DIRI KITA SENDIRI
? Diri Sendiri TAK ADA INSURANS. Elok sangat lah tu...
(Motor/ Kereta dua-tiga biji mampu pulak beli insurans!)


Rasa-rasa kita nak CLAIM dengan apa? SAVING kita? CUKUP


Tambah pulak KEPULANGAN KITA tu ditunggu-tunggu oleh INSAN TERSAYANG


ANAK-ANAK kita, ISTERI-ISTERI kita?




Kalau kita MENINGGAL tak apa la tanam terus. Tu pon nak ke kita TINGGALKAN MEREKA DENGAN SEHELAI SEPINGGANG macam tu?

Kalau kita LUMPUH? Nak dapat INCOME BULAN-BULAN macam mana? Nak suruh ISTERI kita JUAL KUIH


KITA dah ada SOLUSI, SOLUSI untuk KITA SEMUA !

Fikirkan dan Cari Solusi Tersebut !






Saranan Aku Pada Pihak Berkenaan Memandangkan Aku Dah "Mendapat" Di Lebuhraya Kau


1) Nak marah pon xguna, aku sebab cuai bawak moto, Hampa sebab Cuai jugak lah !

2) Selenggaralah lebuhraya tu sekerap mungkin. Kalau tak cukup staf, open la ramai lagi yang xada kerja nuu...

3) Ambil tindakan tegas !
Pihak yang berwajib contohnya JPJ, PUSPAKOM, SPAD dll.. Lori yang bawak balak berlebihan tu saman je laa. Ni Tayar gelong pon berlambak memandu atas highway nu..

4) Highway yang gelap-gelap tu, lampu-lampukan la dya... Cerah sikit xpa aih highway tu, xrugi pon.. Janji keselamatan pengguna terjamin.. Ni dah tergolek baru sedar ada tongkol kayu atas highway tu... huhu..



Sedikit "Tips Kasih Sayang" Untuk Yang Bergelar Mat Rempit

1) Walaupun dekat atau jauh perjalanan kita, Checklah dahulu kelengkapan keselamatan diri dan motorsikal anda.

2) Pakai pakaian yang cerah semasa menunggang motorsikal.

3) Pastikan motorsikal anda memiliki insurans First Party. Kalau tidak, anda tanggunglah sendiri kos keseluruhan baikpulih motorsikal anda !

4) Pastikan lampu hadapan cerah, signal berfungsi, dan lampu brek bernyala dengan baik. 

5) Kalaulah anda mengantuk semasa menunggang motorsikal, berhenti dan istirehatlah sebentar ! 

6) Gunakan helmet yang menutupi keseluruhan muka, bukan tutup setengah, bukan tutup tiga per empat ! biar nampak bahagiam mata sahaja! (cadangan laa). 




Sekian sahaja dahulu kisah pengalaman aku ni. Harap ada manfaat. Yang baik ambik, yang tak baik tu buat tak tau dah laa....Kalau tak dapat 10 pon, 1 manfaat pon jadi la no...

Moga kita semua sentiasa berada dalam keadaan baik dan dibawah lembayung keampunan Allah selalu. 

Ameen...



writen by :
Ami Zubairi Bin Amir Hamzah







PELAN TAKAFUL KOMPREHENSIF
(LENGKAP)




1) PAMPASAN KEMATIAN/ HILANG UPAYA KEKAL




2) PAMPASAN SAKIT KRITIKAL




3) PAMPASAN KEMALANGAN




4) MEDIKAL KAD (UNLIMITED)




5) CASH VALUE




6) HIBAH TAKAFUL




7) CARUMAN BULANAN PERCUMA





HUBUNGI 



019 377 8442